Blogger Backgrounds

Wednesday, October 5, 2011

~... & Inilah Kehidupan ...~

menyelongkar semula 'notes' yang pernah aku 'post' di laman 'mukabuku' (nyanyi sikit...)

...& inilah yang aku ketemui...

antara mencintai dan dicintai yang mana satukah pernah dilalui?

1) kamu mengetahu yang kamu merindui seseorang apabila jantung berdegup pantas ketika teringatkan dia. walaupun sekadar 'hai' daripada dia mencukupi sebagai penenang.

ULASAN : Kamu mungkin menaruh hati kepadanya. cuma tidak menyeda

rinya ataupun kamu tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.

2) Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu. Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu. Jangan jadi terlalu 'sweet', saya mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.

ULASAN : Seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.

3) Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu tetapi atas sebab tertentu, dia terpaksa pergi..jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu

ULASAN : Masa akan menentukan segalanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali.

4) Jangan melarikan diri daripada 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

ULASAN : Hargai orang yang menyayangi kamu. Bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita.

Apa yang paling berharga ialah hati yang ikhlas.

5) Ada dua titis air mata yang mengali di sebuah sungai. Satu titis air mata itu menyapa air mata yang satu lagi, "saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya..kamu pula?" jawab titis air mata kedua, "saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang menyayangi saya berlalu begitu sahaja.."

ULASAN : Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita. Kemudian, kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya.

6) Lawaknya..bila kita meletakkan 'standard' untuk orang yang bakal kita sayangi tetapi jauh di sudut hati, kita tahu orang yang kita sayangi itu terkecuali daripada standard itu. (DONT BE TOO CHOOSY...)

ULASAN : Kita amat kritikal terutamanya kepada orang yang kita sukai atau sayangi kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. Tetapi sebenarnya KESEMPURNAAN & HUBUNGAN TERBAIK dapat dicapai dengan berusaha bersama & bukanlah terletak kepada usaha SATU INDIVIDU sahaja.





2 comments: