Tuesday, October 11, 2011
~... Dan Hanya Ingin Kau Tahu ...~
Wednesday, October 5, 2011
~... & Inilah Kehidupan ...~
menyelongkar semula 'notes' yang pernah aku 'post' di laman 'mukabuku' (nyanyi sikit...)
...& inilah yang aku ketemui...
antara mencintai dan dicintai yang mana satukah pernah dilalui?
1) kamu mengetahu yang kamu merindui seseorang apabila jantung berdegup pantas ketika teringatkan dia. walaupun sekadar 'hai' daripada dia mencukupi sebagai penenang.
ULASAN : Kamu mungkin menaruh hati kepadanya. cuma tidak menyeda
rinya ataupun kamu tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.
2) Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu. Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu. Jangan jadi terlalu 'sweet', saya mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.
ULASAN : Seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.
3) Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu tetapi atas sebab tertentu, dia terpaksa pergi..jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu
ULASAN : Masa akan menentukan segalanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali.
4) Jangan melarikan diri daripada 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.
ULASAN : Hargai orang yang menyayangi kamu. Bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita.
Apa yang paling berharga ialah hati yang ikhlas.
5) Ada dua titis air mata yang mengali di sebuah sungai. Satu titis air mata itu menyapa air mata yang satu lagi, "saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya..kamu pula?" jawab titis air mata kedua, "saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang menyayangi saya berlalu begitu sahaja.."
ULASAN : Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita. Kemudian, kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya.
6) Lawaknya..bila kita meletakkan 'standard' untuk orang yang bakal kita sayangi tetapi jauh di sudut hati, kita tahu orang yang kita sayangi itu terkecuali daripada standard itu. (DONT BE TOO CHOOSY...)
ULASAN : Kita amat kritikal terutamanya kepada orang yang kita sukai atau sayangi kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. Tetapi sebenarnya KESEMPURNAAN & HUBUNGAN TERBAIK dapat dicapai dengan berusaha bersama & bukanlah terletak kepada usaha SATU INDIVIDU sahaja.
Tuesday, October 4, 2011
~... cinta itu tak mesti memiliki ...~
Tak ada sedikitpun sesalku
Tak bertahan dengan setiaku
Walau di akhir jalan
Ku harus melepaskan dirimu
Ternyata tak mampu kau melupa
Dalamnya cintaku yg hebat
Hingga ada alasan bagimu
Tuk tinggalkan setiamu
Demi nama cinta
Telah kupersembahkan hatiku hanya untukmu
Tlah kujaga kejujuran dalam setiap nafasku
Karna demi cinta
Telah kurelakan kecewaku atas ingkarmu
Sebab kumengerti cinta itu tak mesti memiliki
Andai saja bisa kau pahami
Layaknya arti kasih sejati
Karna cinta yg sungguh
Tiada akan pernah mungkin bersyarat
Ternyata tak mampu kau melupa
Dalamnya cintaku yg hebat
Sunday, October 2, 2011
~…bukan hidangan tapi coretan…~
Assalamualaikum & selamat datang..
Pemberitahuan : Ini adalah 1st entry untuk blog kedua..:-)
blog pertama..?..
selain tidak diselia dengan baik & kurang ‘update’..
saya memutuskan untuk ‘delete’ blog tersebut..
sukar sebenarnya…tapi, itulah yang terbaik..
ada ‘suka & duka’ saya di situ…yang kini kekal jadi sejarah.
2-3 hari yang lalu atau mungkin 2-3 minggu yang lalu,
my ‘ladies boombastic’ sudah bertanyakan mengenai ‘blog’ ini…
‘heee…sorry my ladies…aku lupa rupanya aku sudah delete blog tu dulu..’
Nevermind..
Hari ini, 2nd October 2011 bersamaan 04 Zulkaedah 1432 H
Aku wujudkan kembali ‘blog’ ini..
bersama…
Dengan semangat baru
Dengan sokongan baru
* special thanks for my ladies boombastic,
Yang kuat & tabah.. Lady Una
Yang kuat & tegas.. Lady Fyd
Yang kuat & tenang.. Lady Hernie
….walaupun cara hidup kita berbeza, ruang & perjalanan juga berliku-liku…
….kita tetap KUAT untuk melalui segala bentuk dugaan & cabaran…
….semoga segala yang terbaik itu akan menjadi milik kita...
Ya Allah... peliharalah dan lindugilah kami.
Amin Ya RABB